Ahad, 3 Mac 2013

the beginning of march as sabahan

Assalamualikum

Terdetik dihati ku untuk menaip hari ni
Alhamdulilah suda memasuki hari ketiga di bulan march.. 
March bukan permulaan yang baik bagi orang sabah tidak kira yang berada di sabah sendiri mahupun aku yang berada diperantauan
umum mengetahui kejadian di sabah tidak perlu aku mengulas panjang
khabar berita yang cukup merisaukan aku memandangkan  keseluruhan keluarga aku berada di sana .. Pray for sabah 

1 march 2013

Pagi itu aku sibuk menghubungi beberapa company untuk latihan industi aku jun nanti.. setelah habis dengan itu aku menolong jaja (salah satu kawan) mengangkat barang dari rumah sewanya ke rumah kami di kolej.. beberapa jam selepas itu aku menerima sms dari kawan baik aku sida , yang kampungnya lahad datu berperang .. Ya Allah timbul seribu kerisauan dihati ku .. cepat2 aku menghubungi keluarga ku.. Alhamdulilah di sandakan masih tenang

petang  tu pula aku dengan housemate (yana , amal, tahara , jaja dan termasuk aku ) keluar membeli barang untuk BBQ pada malam itu (seperti yang sudah kami rancang seminggu lepas). semua berjalan dengan lancar walaupun aku tidak sedap hati atas kejadian berlaku di sabah .. rasa ingin menyuarakan pendapat untuk membatalkan aktiviti BBQ malam itu, tapi aku diamkan...

Dalam keretanya macam biasa aktiviti sakat menyakat .. gurau bergurau berlaku.. 
sampailah pertengahan perjalanan antara kampus barat dan kampus timur ( luar unimas).. yana bersuara

"apahal laju indah kereta sebelah tok"

beberapa saat kemudian aku nampak sesuatu terpelanting ke udara dan mendarat tidak jauh dari kereta yana

"Ya Allah " masing2 kami panik dikereta .. seorang pakcik yang kepalanya berlumuran darah tersadai di tengah jalan..
kejadian ngeri di depan mata .. mencetuskan trauma di hati kami.. 
Alhamdulilah ramai dari penunggang motorsikal berhenti dan menolong mangsa...
kami menuggu beberapa ketika sampai semua tenang sebelum meneruskan perjalanan..
selepas tenang yana perlahan perlahan mengerakkan kereta .. 
Ya Allah pemandu kereta yang melintasi kami dan melanggar pakcik itu pun tercedera
cermin depan keretanya retak , dashboard terangkat 


p/s pray for Sabah .. Pray untuk mangsa kemalang 

sangat menakutkan apabila kali kedua aku melihat kemalangan yang betul2 depan mata