Ahad, 22 April 2012

apam polkadot

Salamapampolkadot.... <3 <3 <3saya suka hehehehe.. kiut lagi sedap...sebenarny entry ni dah lama terperapminggu lepas sehari sebelum ak balik sarawak (15 april 2012)ak ada try buat apam polkadotyelahkan ak nak buat masa kakak ak bertunang x sempatbuat apam polkadot ni boleh dikira senang lajust kemas atau x jaksince 1st time buat terus jadi kan ..kira senang la 2Resepi dia ak amik dr My resepi (thanks tuan resepi)



Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

n hasil yang ak dapat :
ak perlu penuh kan lagi cup 2 supaya nampak lg gebu

ngada2 tulis nama family ak hehe

Bagi ak resepi ni ok la.. just apam 2 melekat sikit kat paper cup...
ak rasa ak xda buat apa2 salah sebab ak ikut resepi ni sebijik

p/s ak nak buat macaroon tapi xda resepi yang boleh dipercayai :(





Tiada ulasan:

Catat Ulasan