Isnin, 30 September 2013

my Wishlist

Assalamualikum

Aku sebenarnya dari jam 10 malam tadi lagi da tegolek atas katil.. tapi sebab banyak sangat benda yang bermain kat minda aku aku tak dapat tido.. macam-macam la aku fikir..fikir bila nak dapat keja la.. keja apa yang aku bakal dapat la.. perlu ka aku sambung studyka?.. kenapa aku boleh jadi gemuk la ..huhu.. last2 aku tecongot depan laptop taip entry ..

kes tak dapat tido 

*******
Aku rasa hari tu aku pernah di Tag untuk join satu give away kat satu blog pasal buat entry "my wishlist" ni , tapi sebab waktu tu ak tak berapa nak rajin berblog so aku buat2 donno jak kat give away tu.. blog mana pun aku tak ingat dah

sorry ya tukang tag

******
Banyak sebenarnya wishlist aku.. kalau aku nak cerita kat sini agaknya 2 hari 2 malam pun tak siap.. tapi aku short-listed kan kepada yang aku rasa aku boleh achieved yang penting aku kena 

BERUSAHA

First wishlist aku adalah aku maw KURUS 

Dari aku umur 12 tahun lagi (around ,when im started having my monthlies) aku ada masalh kegemukan.. takda la aku ada masalah obesiti tapi aku di kategorikan dalam golongan ber figure besar .. di tambah lagi dengan nafsu makan aku yang kuat.. maka berternakanlah lemak di badan aku .. (huhu stress pula aku bila cerita pasal ini).. diet mimie diet.. ohh ya aku suka figure badan macam nur fathia 


badan dia kurus tapi takla se keding scha alyahya (oppss).. just nice 

second wishlist aku pula PERMANENT JOB

Benda ni adalah benda yang paling menghantui aku sekarang, siang malam aku fikir,, sebelum tido bangun tido time makan time mandi ini jak lah aku fikir.. Aku betul2 maw kerja oit.. aku maw bagi mak dan family aku duit.. aku maw beli baju lawa.. shopping sana shopping sini.. travel wahhhh my dream.. dream job aku , aku suka duduk dekat office dan dalam masa yang sama aku suka travel , setakat ini aku boleh nampak kerja yang aku rasa dengan jiwa aku adalah jadi pegawai perunding dekat tempat praktikal aku

third wishlist aku pula aku maw beli KETA 

Kereta impian aku adalah kereta Beetle volkswagen tapi kalau aku tak buat business yang boleh buat aku kaya or atleast bersuamikan jutawan jangan mimpilah aku dapat .. so aku sedarlah siapa aku.. kereta mampu milik yang aku rasa aku bakal mampu adala 


Myvi 

atau

Vios


smart wehhh.. 

third wishlist aku pula aku nak ada RUMAH

Rumah aku maksudkan di sini adalah rumah yang aku dan husband aku nanti bakal duduk hehehe (malu2 kucing I .. wuueeekk sila muntah hahaha) aku tak kisah la rumah tu kecik ka besar yang penting waktu tu aku atau spouse aku mampu bayar dan kemungkinan untuk di istihar muflis tu jauh sekali.. yang penting rumah tu aku boleh hias interior dia cantik2 hehe.. plus value bila aku dapat jiran2 yang mentalitinya bagus no gosip no siapa besar ..

forth wish aku pula aku nak ber gigi besi .. BRACES

gigi aku dari segi susunan tu takda la teruk mana, tapi dari segi health dia aku nda maw ceritalah nanti memalukan diri aku sendiri .. cuma tu la bahagian bawah gigi aku agak rapat dan tak berapa tersusun .. waktu aku ketawa pun gusi aku nampak ( urrgghh so ugly betty) aku dengar guna braces boleh selesaikan masalah tu .. so aku berharaplah sangat dapat mengigi besikan gigi aku 


 alahai cutenya si fatin liyana ni .. sudahlah cute pandai kaya.. semua dia ada.. jeles!

fifth wishlist aku pula aku nak TRAVEL

pasal travel ni aku excited sikit .. sebabnya aku suka pergi tempat baru even aku tak berpeluang sangat .. kalau kewangan aku stabil satu hari nanti aku nak la merasa jejalan ketempat orang antara tempat yang aku nak pergi adalah tempat menarik di Malaysia (patrotik tak aku haha) , Australia, korea , jepun, europah dan paling penting pergi 

Makkah

pergi makkah bukan travel mimie tapi beribadat!

Last wishlist aku dan paling sangat aku nak adalah ,aku nak SUAMI BERIMAN

ehh apasal suami kecik isteri bam2 ni ishk2


malu lak aku hahaha ,, tapi ofkos lah kan setiap perempuan nak suami yang beriman , yang boleh imamkan solat, membimbing , bertanggungjawab, romantik , belanja shopping ( oo ok over) #kbye hahaha

ok la dah malu nie hahaha..
till then 
XOXO
thanks for reading this entry 

Khamis, 26 September 2013

job huntering

Assalamualikum

Dua tiga menjak ni aku memang busy cari kerja.. kalau boleh aku tak mahu la lama-lama menganggur .. stress doh.. stress sebab aku tak tahu mahu buat apa dekat rumah, kalau ada benda yang betul-betul aku maw buat pun, satu jak lah


 "Baking!" 

Time baking jak lah aku rasa betul- betul best .. lagi best kalau benda yang aku bake tu menjadi dengan jaya .. tapi banyak juga la kelemahan kalau aku selalu gila "Baking" . Salah satunya ofkoslah membazir .. masak kek bagi orang biasa-biasa macam aku ni agak expensive .. philadelphia cheese, whipping cream, coklat bar tu sudah berapa? salah duanya pula (hahaha) adik beradik aku mesti bising sebab kalau aku selalu baking maksudnya selalu lah diorang makan kek dan hasilnya badan akan dipenuhi lemak berkrim lagi tepu hahaha.. tapi bagi aku kelemahan paling ketara aku pun ikut gemuk gak hahaha

makan tengah hari jap .. sory cres nda minta izin upload gambar


berbalik dengan cerita mencari kerja tadi. Dua hari lepas aku ngan kawan baik aku c cresida pergilah cari kerja. Sudah banyak kali sebenarnya kami pergi cari kerja , setiap kali mesti aku rasa penat tapi dua hari lepas lah yang betul-betul memenatkan bagi aku.. aku dengan c cresida siap naik turun tangga, dari satu blok ke satu blok .. dengan cuaca panas lagi , dengan malu lagi.. last-last aku sakit kepala ..

 uarrgghh susahnya cari kerja 

ok ni lawak.. bagai nak rak bergambar padahal x nampak muka kami pun haha



Tapi in sha Allah aku tak kan berputus asa.. mana ada benda yang senang dalam dunia ni.. Syukur juga lah aku ada teman sepencarian kerja .. thanks a lot cres .. harap-harap cepatlah kita dapat kerja yang bagus kan.. 

Amin Amin Amin

do follow my instagram here

Tapi to be honest aku betul-betul berharap dapat kerja dekat tempat praktikal aku.. memanglah ada tekanan kerja dekat situ , terutamanya dari segi rumah dan transport .. tapi bagi aku jiwa kerja aku ada dekat sana .. aku suka kerja dekat office dan dalam masa yang sama aku suka juga travelling .. dua- dua aku boleh dapat dekat sana 

Boss bagilah saya kerja situ boss.. please

thanks for reading this entry 
Assalamualikum
nunyte 
xoxo



Sabtu, 21 September 2013

Big day preparation

Assalamualikum...

Fuhhhh lama gila aku tak berbelog ni..padahal banyak ja masa..

Tajuk entry aku macam bagus jak kan.. "big day" ?? Big day apa?? KAWEN... Ooo no no no.. Bukan kawen ye stalker stalker sekalian. . TUNANG??? Lagi bukan. . Big day yang aku maksudkan adalah

KONVOKESYEN

ye adik-adik sekalian akak bru nak konvo tahun ni..



Konvo pun nak ada preparation bagaikan mgada2 i u... Bukan apa. . Memandangkan kakak2 and abang aku dah pernah konvo sebelum ni.. Aku dapat la pengajaran yang konvokesyen bersama family ni memerlukan persediaan yang baik.. Kalau tak konvokesyen entah kemana. . Tempat tinggal entah kemana.. Last2 bukan big day sudah jadinya tapi bad day... Amit..amit dong.. Nauzubillah..

Preparation aku xda la besar mana cuma yang paling kena settel aku settel kan la dulu. . Sebagai contoh tiket flight. .

Kakak2 n abang aku dari waktu aku LI lagi dah bising bila nya nak beli tiket flight. . Padahal aku belum confrim gradute pun time tu.. Yalah macam mana nak confrim kalau masa tu aku masih LI.. Entah aku lulus entah x.. UNIMAS pun belum umum pembahagian sidang.. tapi sebab aku malas dengar diorang bising. . Aku cakap ja beli tiket dari 8 nov - 12 nov.. Haaa amik ko. . 5hari 4 malam kot.. Konvonya sehari jak pun.. Tapi x pala boleh la jalan2. . Family aku pun first time datang kuching nanti

Dari segi kos. .aku rasa konvo aku la paling cekik darah. . Mana tak nya. .naik dua flight kot.. Sandakan - kk.. Kk- kuching.. Makan beriban kot..Cian kakak2 n abang aku.. Maaf kan saya yaa.. Doakan saya dapat keja cepat ya...

Alhamdulilah tiket smua dah settle kecuali tiket aku pergi sana. . Sebabnya aku xtaw lagi bila aku nak pergi sana..yang confirmnya aku pergi awal dari family aku la sebab kena settle hal jubah..

Cukup cerita tiket. Next story will be hotel.. Mula2 aku tanpa rasa simpati dan penuh mengada2 minta kakak aku tempah merdeka palace.. Tapi kira punya kira. .. Ribu riban lagi kuar.. apa lagi..Kakak aku bising la. . So cancel.. So kami cari la hotel @ homestay yang masuk dalam bujet. . Alhamdulilah dapat.. Aku pun tak pernah la menginap sana tapi alhamdulilah dekat2 bandar kuching juga. . So senang la jalan nanti. . Kami amik dua bilik je. . Sebabnya adik aku tak ikut sebab spm. . Abang ipar aku pula tak dapat cuti.. So kami 5 beranak sumbat dalam 2 bilik tu jak la..

Next thing yang da settle KETA SEWA. . Punya main payah aku cari kereta sewa ni.. Baru september kot. . Tapi balik2 ak mesej kat penyewa semua rply.. FULLY BOOKED. . Gila apa.. Nasib baik juga la dapat. . Tapi kecik jak la. . Maw taw kereta apa??

Viva. .

Haha biar family aku rasa naik kereta kecik..

Ok mata aku pun dah ngantuk. .


Till then..
Assalamualikum

P/s. . Aku update guna bloggeroid kot.. First time. . Haha gila kuno aku baru taw hahaha