Sabtu, 25 Ogos 2012

tercampur2 entry

Assalamualikum wbt

sedar tak sedar sudah masuk hari ke tujuh syawal.. ni kalau orang start puasa 6 dari hari raya kedua da habis da puasa enam dia.. dan tanpa aku sedar jumlah followers aku pun dah cecah 902.. Alhamdulilah.. bertambah gak... kalau ikutkan minda dan perasaan ku memang tersangat rajin la menulis blog.. siap ada entry setiap hari sebelum tidur , tapi masalahnya semua itu hanya berada diminda nak wujudnya punya la azab


sebelum puasa hari itu aku konon ny nak buat entry ahlan wa sahlan ya ramdhan tapi rupanya sampai ke syawal tak terbuat wakakaka... aku rasa dalam bulan ramdhan hari itu selain mak aku aku la orang paling busy sekali dalam rumah ni .. terutamanya masa hujung2 nak syawal.. sebabnya aku juga yang tolong mak aku buat kerja rumah dan aku seorang juga la yang kena siapkan juadah berbuka... dan yang paling aku tak sangka aku juga yang sorang sorang aku siapkan biskut raya tahun ni

ni gambar biskut raya aku buat
bercerita pasal biskut raya .. aku tak sangka juga yang aku boleh buat semua biskut raya ini.. aku buat 7 jenis biskut semua nya almond london , snow almond,chips coklat, biskut susu, tart nenas, biskut makmur , dan batang buruk (tak da dalam gambar).. waktu kecik kecik dulu aku ingat lagi waktu aku tolong mak / kakak aku buat biskut raya part aku mesti tukang kisar gula n basuh membasuh .. waktu tu kisar gula punya la azab .. sebab seingat aku blender masa tu kalau kisar gula mesti gula tu berterbangan ..tapi azab azab aku waktu itu rupanya tak la seazab aku buat biskut raya tahun ini seorang2 .. bukan saja dari kisar gula, sampai terap biskut,adun biskut dan semua a - z la..

juadah berbuka pun aku yang buat sorang sorang walaupun kadang kadang kakak aku yang masak.. macam macam benda la aku masak tapi biasanya menu kami mee goreng, nasi kuning, nasi goreng, nasi ayam, mee hailam , mee kari dan macam macam lagi lah.. kalau sahur pula biasanya mak aku yang sediakan .. kitaorang biasanya makan lauk time berbuka jak .. panaskan jak balik .. pernah juga kami bersahur makan megi.. ini sebab kes boring makan ayam jak tiap hari.. selain dari itu menu wajib waktu bersahur adalah popia goreng .. dan aku la tukang buat popia itu .. dalam seminggu adalah dua tiga kali aku buat popia tu.. tak goreng semua .. biasanya mak aku goreng 15-20 setiap kali sahur dan yang lain itu buat project freezer 


sambutan raya pula Alhamudilah sederhana tapi meriah.. tahun ini lain sikit sebab first time kitairang beraya ada abang ipar.. dari raya 1-3 kita orang memang tak menang tangan layan tetamu.. cuma start raya keempat dah kurang sikit orang datang .. raya ketiga hari itu kitaorang buat open house .. Alhamdulilah memang ramai datang .. dalam majlis open house tu kitaorang buat semua nya sendiri takda nya katering ka apa ka.. family yang lain pun tak tolong .. ops bukan tak tolong tapi kami yang tak minta tolong.. kami adik beradik sediakan 5 jenis lauk dan satu dessert daging kari, ayam rendang, kuah sate, laksa goreng mushroom, masak lemak  dan dessert pla macaroni mayonis.. aku masak 3 jenis lauk kari daging, ayam rendang and laksa goreng mashroom .. tak sangka beb kitaorang adik beradik suda boleh prepare untuk majlis keramaian.


keluarga sebelah arwah bapa

the ladies .. keluarga belah arwah bapa
biggest family family sebelah mak
forever bestie 

bersyukur sangat2 aku dikurniakan family dan sahabat2 yang tersangat awesome.. smoga jalinan kita akan berkekalan sampai bila bila..



last but not least .. selamat hari raya maaf zahir batin dari kami sekeluarga :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan